Bila Otak Berfungsi

.....aktiviti meraPu meraban.....

Hurm.. Idea nak menulis yang banyak. Sbbnye aku tgh mengalami kemerengan jiwa akibat putus kaseh. Walaupon sudah beberapa kali putus centa. Tp yg time neh cam kronik sikit.

Semalam..time tgh guling2 memikirkan ape yg boleh dipikir..tibe2 henpon aku bunyik..

Mr X
" Salam..tgh buat aper?"

Aku
" Da nak melungkup dah ni "
tibe2 plak mamat neh msg.. dlm hati aku..

Mr X
" Ape citer skarang. BF sehat? "

Aku
" Da clash "
Lancar je aku menekan kepaD..tanpa berselindung..

Mr X
" Serius ker? Betol? "

Aku
" Ini sewiyus... Nape?"
Aku mereplai smbil mata terpisat2..ngntok sgt dah tu...

Mr X
" Jom Kawen"

Aku
" Masok la meminang...hantaran 10k"
Blas aku main2. Motip tibe2 ajak aku kawen.

Mr X
" Bagi alamat rumah lengkap"

Aku
" Erk..sewiyus ker? Hehe.. Ko tak yah la kawen ngn aku. Aku masak megi pon tak pandai. "

Mr X
" Serius la. Takpe la yang tak pandai tu. Nanti boleh belajar. Kita kawen erk?"

Aku
" Gila apa...."
Aku mereplai smbil membayangkan aku di baling lesung batu sebb tak pandai buat sambal belacan..

Mr X
" Saya betol ni. Kita kawen. Nanti semua saya uruskan. "

Haish. Da kronik nak kawen ke dia neh. Aku yang mengantok gila. Tak dapat nak replai.. Dah gol dgn amannya. Pagi tadi tinguk beberapa misskol dari Mr X. Mahapler..kalu aku da gol time penat giler.. Bom meletup pon tak pasti lagi aku sedar ke tak.

Aku saspek petang nanti balik keje..mesti dia call lg. Huhuhu. Moga2 aku selamat.
Mr X ni dah umor awal 30-an ...tu yang dia semangat nak kawen kot. Bajet aku yg tgh hati kecamuk ni tros nak kawen agaknya.
Moga2 Mr X bertemu jodoh dengan wanita cantik seperti Nasha Aziz..huhuhu..

So, kesimpulannya. Jangan la menyanyi di dapor. Bukan sahaja ikan goreng anda akan hangus, takot2 nanti..ade orang tua masuk minang.

Habes la aku dimaki sama kawan2ku yg berumur 30 ke atas kerana ckp mereka orang tua. @@~

huhuhu...pagi yang indah..da gosok gigi..da bukak email...da bukak facebook...dah bukak forum..
rase nak meneruskan penulisan mengenai wanita cantik ( akulah tu ) dan lelaki kacak itu. hahaha. so. setelah menanyakan pakcik gugel, aku pon dpt tau. name pelakon KAMI yang muka seperti lelaki kacak itu adelah zahiril adzim.



hahahaha.. korang rasa tak kacak? biorlaaah. kacak itu tak penting. yang penting adelah menarik."cantik menarik tertarik kau mmg tembam." kata kawanku kepadaku yg cube mengutuk ketembaman aku secara sinis. tapi aku bertabah sahaja. dugaan wanita cantik mmg lah camni. hahaha..

ok2.. teruskan cerita. aku pon sampai di opis itu. encik boss tu suruh aku masok meeting room. sbb nak training. dia nak kasi penerangan. ok lah. masok2 situ. ade la. dlm 3 org. seorang chinese laki dan 2 perempuan melayu. ok lah. nak training sama aku. Aku pon cube la membuat senyuman plastik dan iklas dan belakon ramah supaya senang dpt kawan. dapat la aku kenal dgn budak2 tu. mebi de0rang pon cuba membuat kawan. hehehe. so.. tunggulah dalam 15 menet camtu. tunggu budak-budak lain masok. dah masok semua. Adelah dalam 10 orang. Mostly budak kejuruteraan. Mungkin susah dapat keje mcm aku.

dapat la aku tau. ropenye bukan keje pejabat. org yg buat iklan tu mmg sengaL. keerja neh mcm mengenai jual beli matawang. kirenya kami kene cari contact. dia cakap. just call jer orang tu. and then nanti dia setelkan. alamak. kuasa memujuk aku neh da la lemah. kalu orang tanak aku just ok jer. tak pon takot aku mengamok dan memaki hamun mereka yang tamo beli saham tu. hahaha.

tengah2 dengar ceramah encik boss dalam bilik meeting berkaca..tibe2 aku nmapk seseorang sperti seorang yang kacak itu di luar bilik meeting. Alamak....!! si kacak itu satu office disini ropenyer. Aku pon mula membayangkan..syoknya...nanti da keje sini..dpt pegi lunch dengan lelaki kacak itu..dpt la aku tau nama beliyau dan angan2 tak munasabah yang lain.

Di ringkaskan cerita,lepas dah kasi penerangan..lunch semua dalam 4 jam camtu. Balik la..
Abang aku call..kakak aku call..semua ckp..tak yah la keje camtu...G lah cari keje lain...
Erm..my mum pon da call..ckp tak yah la..balik umah jer.... So, esoknya aku ttp henpon dan tak datang da training tu. Terpakse ttp henpon supaya encik boss x call. wawawa..

Jodoh dengan lelaki kacak itu mmg tadOk.. Nak g makan lunch sama pon tak dapat..
Oh! X pe la...mungkin aku akan berjumpa dengan lelaki kacak lain yang sekacak Farid Kamil di tempat lain. Aku bertabahan.

Walaupon aku sbenarnye tak kesah pon kene keje jual matawang tu, just nak amik pengalaman tak per la.. Bukan aku kene pergi dari rumah ke rumah. Just lepak office dan call, pastu bleh monitor dari rumah aku nye keje. Tapi family aku suh aku balik. Balik aje la. Aku ade pengalaman cemerlang dlm memujuk org ni, tp pujuk budak2 U la. Mase keje part time dekat pC fair. Meletops vogey de vas konter aku. Tapi pujuk funky2 boleh la, kalu nak berurusan dengan org nak melabur beribu2 ni, x kan aku nak buat ayat-ayat tak funky2 kat pakcik-pakcik tu.

Moga2 aku akan mendapat kerja nanti. Amin! walaupon aku mmg berharap dapat keje sendri sperti membela itik dan biri2. Bertabah saja la... @@~

ok la. aku tetau nak citer ape. dah bersawang da blog aku ni. malas benor nak bercerita. bukan ape. idop same jer. bangun pagi. facebook. forum. itu jer. baca berita sikit2. bosan sunguh perjalanan idop.

sebenarnye banyak cerita. tp kepakaran aku utk bercerita tu dah tadok. hahaha. ok la. nak citer pasal keje management trainee.

aku yang sengal ni. dpt la tawaran kerja kat kL. management trainee katanyer. aku pon ok jer la.
org ckp ini kerja. dia kenalkan kat opis. keje bhagian admin. aku yg truja setelah lama duk umah membesarkan bontot dan menambah lapis lemak di perut, truja la 1% utk kerja. dia suruh datang training 3 hari. ok la. next week nya aku pon pegi lah.

dengan gigihnya..isnin pagi tu. aku pon berjalan kaki ke tempat kejadian ( office ) office tu dah la terletak di megan avenue2. 1st aku g situ, dgn bantuan kawan aku. tunjuk jalan. slalunye bf aku yg antar. ye la kan..da clash . kene la belajar berdiri di atas kasot crocs sendiri. oh! kasut crocs tu hanya imaginasi penulis semata2. aku pakai kasut cap kerok jer. x mampu lagi nak beli jenama2 ni. ok2. smbung. sbenarnye agak memalukan.

aku da la tadok beg. pakai beg time g kuliah dulu. beg remaja berjaya. dgn gambo setan setempek besar. selambe badak sumbu telekom jer aku bawak g opis besar. ade aku kesah? mmg aku kesah pon! memalukan. dengan beg besar ( isi baju kurung utk 3 hari..smua2 bende lagi) beg yg sepatotnya kapasiti maximum dia 500 gram. aku sumbat2 smpai jadik 3000 gram.
tp disebabkan kegigihan sbgai wanita kampung dan bakal adun di kawasan bentong. aku tabahkan diri juga. konon2 nya, kalu da berjaya nanti, bleh la aku citer kat paper kepayahan aku.
cam siti nurhaliza dan ceritanya menjual karipap. mungkin juga aku akan mendapat pangkat tan sri. angan2 ku ketika bersesak2 dlm train dan mengkaver malu sperti budak lari dari rumah, tp pakai baju kurung. aku bergigihan.

perjalanan ke opis itu dari klcc punye stesyen adelah dlm 10 menet plus ++. sempat jugak la aku lepak kat basten, smbil makan roti krim. sbb kebuluran. wah, gitu kan aku.

******************************************************
kilat dan tibe2 pc tutup..
dan semua yg aku tlis maseh slamat
syukran. aku pon gigih menyambung balik posting td
*******************************************************

ok..smbung.
mase aku lepak kat basten, smbil makan roti krim cap blueberi. aku nampak la seorang mamat kacak seperti pelakon citer KAMI yg jadik jahat itu. sapekah namenyer. lalu dgn penoh kacak dan kacak, tros aku mcm terpaku 2 saat dan melihat dia berlalu pergi. oh! tak pandang aku pon. mentang2 aku bawak beg besar sperti remaja lari dari rumah dan kasot aku buatan gombak ajer. ciss! takperlah.aku pon tak kesah sgt. ade ape pada kacak.
aku pon tros melepak sehingga dekat2 pukul 11pg.. dan berjalan la ke megan avenue itu.
walaupon malu. ku gagahi juga. smpai kat bangunan tu. aku tguk skeliling. dgn berharap. adelah budak2 yg mcm inesen mcm nak g training jugak sama dgn aku. supaya dpat buat kawan masok opis tu nanti. tp haram. sek0r pon tadok di kawasan itu. mamat2 dari afrika ramai la melepak kat situ, x kan deorg nak g training jugak.

aku pon troskan perjalanan. dan masok ke kawasan menunggu lif. sekali aku nmpak mamat kacak di basten itu tgh tggu lif jugak. oh my god! mahu melompat2 seperti ungka rasanya. tp disebabkan aku maseh meneruskan tradisi wanita melayu terakhir. aku kaver2 jugak.
aku pon tunggu lif aku. eniway aku dah penah da pegi tmpt neh.mase 1st interview. uncle yg tunjukkan jalan aritu. dia ckp. ade 1 lif je bleh ke tmpt training aku tu. so. aku pon gigih la tggu lif aku. aku tguk mamat tu da naik lif lain. oh. x sama arah. ok la. tak de rezeki da nak jumpe.

so. aku pon naik la dan smpai ke opis yg spatotnya aku g training.
so. aku rase nak setop tlis. kilat memancar dan ujan lebat membasahi bumi.
kang aku kene smbar petir kang. masok paper plak seorang blogger disambar petir ketika berblog. kalu masuk paper citer aku dpt pangkat tansri ade jugak faedahnya.

so. nantikan smbungan aku bersama lelaki kacak. masih ade jodohkan? dpt tak no tepon lelaki kacak itu? mcm mane training di tmpt keje itu? troskan lagik tak?

aku rajen esok. aku merapu lagik

dah bosan..
hari2 gadoh....
4 tahun lama sgt...smpai rase syg nak lepaskan

bencinyer

keliru giler......
dia bukannye slalu jahat...
dia baik jugak..
lgpon ade ke orang yg syg ku slain dia
vodowwwwwwwwww.......
terperangkap jiwa....

lemahnye aku untuk menyatakan tidak
lemahnye aku untuk menyatakan sampai disini jer...

aku insan lemah.................................................................

aku pon tak paham...
kenapa berjiwang dan sedey...
sbb aku tensi kot..
tensi same makhluk tuhan paling sexy tuh..
mungkin sexy di perotnya..
kadang2 lah..boleh buat cucuk2...


aku pon x pikir..
bolehkah aku setabah mak aku..( tibe2 masok citer mak, tadok kaitan ngn prenggan atas)
sbbnyer..........
aku tibe2 rase aku tak reti berdikari..
nak jalan kaki ke bandar pon aku mcm malas..
jauh tauu bandar tuh..bkn dekat...........
tp mak aku yg dah tua tu..rilek jer jalan kaki g pasar..
naik bukit perumahan aku neh..
sayang sangat kat mak............


mak mmg cool dan rock habes..
walaupon mak aku neh kire dah tua..antara mak2 mereka ituhh..
ye laahh.....aku pon anak2 dah nak akhir2..
sedangkan mereka anak awal2..
haruslaahh mak aku lg tua dari mak mereka2..


untuk mak tersayang yg comel dimataku.
mak laaahh abaaaaahh..mak lahh ibu..... ( mak tu ibulah)
jaga aku sejak kecik...'
pelajaran x tinggi mane pon..
tp berjaya lah jugak besarkan kitorg smpai terlebeh besar neh...
dari keje kedai dobi smpai rosak kuku2...sbb sabun..
smpai skrg dah tua..lenguh2 badan jaga lagik baby..


ohhhhhhhhh.........sayangnyer sama makk...
aku tak reti nak karang ayat jiwang..
walaupon aku berhati jiwang..
x reti nak tunjuk syg kat mak...
sbb keluargaku..mmg bukan jenis berpeluk-pelukkan di pagi raya..
sempoi2 saja...


sayangilah mak anda sementara dia ade didunia ini..
aku tak dapat sayang bapak aku lama..
kejap jer dia pergi tingalkan kami..
moga dia bersemadi dengan aman...


selamat hari bapa..walaupon lambat......................

tak paham akuu....
aku bukan peminatnye..
tak gilakan nya pon..
tak terfikir pon nak leebeh dari kawan..
dia bongokkah?
adekah sbb aku suke mengaco dia.
dia rase aku suka sama dia?
aku mmg rase dia bongok...
mungkin tadok org pernah ckp " suka kau ko "
smpai dia terkinja mcm burung unta..
burung unta pon lg kacak bergaya..enak berkrim disukai ramai......


ahhh..semakin ramai manusia bongokkk.........
dan perasaaan..........
aku jugak..
aku tak bongok.........cuma perasan jer...
jiwaa mcm neh....
kalah datok khalid jiwa..

aku tak paham..
kalu kita kasik komen..di page seseorg itu..
perluke balas? asal igt sudah..

aku tak paham betol.
bila aku tak reply.
ckp aku sombong..

aku dah tak minat nak reply kat page tu.
nak buat mcm ner?
bukan tak ingat...cume malas..
kalu aku minat aku balas..

tak balas komen...doesnt mean i dont care..
i lebss all my friends.....................................

dan kalu aku komen di page anda......frenster ke...fesbuk ker..mespes ker..ape2 lagik lah..
tak semestinye anda kene komen kat page aku balik.......

hmmphhhhhhhhhhh

Terlampau banyak nak tulis sampai tak tau nak tulis apa. Tapi memang nak menulis. Oh! pening. Petang tadi banyak idea. Tiba2 malam ni lost plak.

Ok. Tringat nak tulis apa. ( Sbb baru balik dari PP). Masalah sunyi. Hmm. My loneliness is killing me. Sunyinya. Walaupon aku dah pasang speaker neh kuat2. Dengar lagu Aizat. Tapi sunyi nya rasa. Ramai plak bukak topik kawen, lone ranger, sorang2. Maybe sbb skrang musim orang kawen. Semua g kenduri kawen. Balik kenduri kawen terfikir. Napalah aku tak kawen lagik. Napa lah aku tak berteman. Padahal before2 this ok jer. Oh. Mcm tu lah kuasa kenduri kawen. Membuat hati yang sunyi bertambah lagi sunyi. Huhu.

Bila lepak kat PP. Baca masalah2 orang. Syukurnya i have a better live. Walaupon aku neh kira sunyi jugak la. Kat rumah ade aku ngn my beloved mum je. So, mmg mcm tadok arah la. Duduk depan Pc dan membuat kerja-kerja menternak lemak. Ade BF pon dia malas layan aku sangat. Lagipon kalu borak2 selalu. Ade je topic nak gadoh. So, better give each other space. So, jarang lah gadoh. Walaupon aku memang suka gadoh. And sometimes he said to me " My gF is a gangster" . hehehe. whatever lah.

Kalu sunyi cari kawan. Tapi kawan sebok dengan bF deorang? sebuk dgn suami deorang? Sebuk dengan deorang-deorang? so? camner tuh?
So. maka aku yang sunyi ni terpaksa la melayan forum. Memain game. Menengok pesbuk. Membuat lemak. Huh. Moga2 aku dapat mengisi masa2 aku ni nanti dengan pergi ke masjid baca Al-Quran. Fuh!

Biler Sepi. Tringat lagu best neh

Malam yg sepi...pi pi..
Pak Mat jual topi....pi..pi..
Topi yang koyak...yak..yak..
Pat Mat jual tempoyak....yak ...yak..

Huhu..Akhirnye aku dah tau sbb malam2 aku sepi...
Sebab dulu slalu nyanyi lagu neh..asik ckp malam yang sepi jer...
So...jadiknye malam aku mmg jadik sepi laahh skrang..

hahahah..merepek meraban dari aku yang sepi utk malam ini ajer.. :-P
malam-malam lain harapnye tak..huhuhu

Tajuk entry tadok kaitan dengan iSi. hahaha...

Aku pon dah kompiyus
Terlampau banyak nick name
Sebab selalu main game..
Byak kesana sini..
Meh nak senaraikan nick name aku..


Umi - nama yang tadok kaitan dengan nama aku. Tapi kat rumah pangil umi. Kwan2 bentong pangil Umi. Ade sejarah. Hehehe..

Dila - Ni aku gedik sbb sajer nak rasa nama ayu skit. Hahaha. Aku pon kenalkan lah nama aku Dila. So, kwn2 matrix ngn budak U pngil Dila. Cewah..hehehe..

Tepet - Ni nickname aku kat skolah. Nape erk deorang pangil aku tepet. Kelupaan lah. Tibe2 melekat name tu. Nickname mase duk asrama kat skolah teknik dulu. Hahaha.. Kelupaan sunguh. Nama neh pelik sungguh. Hehe

Lempeng - Ni nick name aku mase chatting dekat kampung. Haha.. Tros melekat nama neh. Tringat kawan2 lama kat kmpungchat. Mane ntah deorang. Banyak da lost contact. Tp aku rase mase zaman aku dulu. Aku agak pemes lah kot kat situ. Wakakaka.. Perasan... aDe aku kesah? Cak cak cak!

Sweetheart of luck - ni pon nick name lain sbelom nick lempeng. Mase neh smua pngil aku sweet. Hahaha. Tp sbb smua org tau ni name pompoan. X bes skit ar. Pastu ramai plak laki2 pm. Ye lah kan. Chattin. Mesti ramai laki pm nama pompoan. Takkan deorang nak Pm budak laki plak.
Best2 zaman kampung chat dlu. Huuuuuu.... hehehehe

Nakal - ni nickname game aku. Trinity. Ragnarok. DDx. Gunbound. Cabal. Silkroad. Hahaha. bEst sangat. Da lama x main game neh. Mmg tringin gila. Tapi tadok kawan. Bf pon dah x main. Kalu main ngn BF aku bes skit, sbb dia game master. Bleh dpt barang mahal2 macam2. :-p Mase main game neh,mmg kawan2 smua budak abes SPM je lah kirenye. Addicted giler. Tapi enjoy gila babas lah....huuu

Wekwek - nama kat forum. Haha. Mane ntah aku dpt idea nak tarok nick macam neh. Taram aja sudah mase tu. Tp cam bes jer nick ni. Suke2..hehehe..

ade beberapa lagi nama lain sbenarnye. Nick BotolAir, Bun, BunKacangMerah. Sbb aku banyak main game dulu. Nak stick to one nickname mmg susah la. Sbb kadang2 nama tu dah kene amik.
Hohoho. Moga aku tak bertambah lagi nick. Penin. Kadang2 budak add YM pon aku tak ingat aku kasik YM aku kat game mane. Heh.

Kawan2 aku pon kadang2 tak kenaL yang mane.
Contohnye kalu aku msg kt ym ker. Deorang tanye. Ni sapa.?
Aku ckp dila x kenal. Wekwek pon x kenal.
Cakap nick nakal baru kenal. Oh..nakal..budak kt game sekian2..
Ades...aku pon penin....T___________T

heh..nak citer aper ntah..
citer skit2 pasal interview semalam..

dengan kebijaksanaan diriku ini..
agak sengal sebenarnyer..
bila tak salin no telefon org yg di interview..
alamat interview pon salah..
lambat bangun pagi..kelam kabut...gambar tak bawak..
oh..dugaan...

tapi rase bagus jugak..
keadaan semalam buat aku rase..
takbesnyer keje kat kL..........
heh...

tiada hati untuk keje lagi..oh...
bertabahlaaahhh........................... :-)


hU...seriously..

aku nak sedey ker..nak gembira ke dgn tmpt tingal aku ni. Bentong. Sedey gak ar. Mmg tak ade ape2 disini. Padahal ni tempat org lalu kalu nak g Kelantan. Nak g belah2 pantai timur. Mmg lalu sini. Tp dari dulu smpai skarang. Camni je lah. Pembangunan slow.

Tp bgus jugak. Kang macam KL tmpt ni kang. Lagi sesak. Lagi aku penin. Rase nak terajang. Lagi aku hulahupp hari2. Tak dok umah. Merayap jer lah kejenyer. Heh.

Pagi tadi. Jalan lah g pasar minggu. Ingat nak g bli baju. Dah lama tak ade baju baru. Heh.
Tp..smua x bekenan di hati. T_______T. so. Jlan2 je lah. kat pasar minggu tu. Saje tguk2 barang. Teman mak bli barang dapor.

pasar minggu yang best kalu nak bli tshirt comel2..

LV tiruan merata2...yg biru tuh rm65 rasenyer.. amik gmbo curi2..takot kene tibai plak sbb dia jual barang tiruan..


Baju yang sengaL...ade ke orang nak pakai? Malu seh...hehehe.....

comey taak mende2 neh? hehehe.suke tinguK ...

Pasar minggu Bentong

Gambar2 atas tu suasana waktu pagi. Sbb tgharinye aku bosan. Aku kuar lah nk g merayap.
Ingat nak g jalan2 lah. Merayap ke kedai mane2. Sbb ku pikirkan ahad2 petang camni. MMg tak ramai shoping. Sekali, aku pegi. Memang bukan stakat tak ramai. Bentong dah jadi mcm ghosttown.Semua kedai tutup. Aiyooooo....Bosannyer aku..

Kereta byak jugak lalu lalang. Tp smua kedai tutup
Sunyi...........

Huhu...sekian saje keindahan Bentong. Sbb tu aku malas nak ajak kawan2 dtg umah aku. Bukan boleh kemana. Korang duduk je la umah diam2. Mmg tadok tempat lain. Haiyooooo.....................

this is mine.... cakap budak kecik itu...:-p


semalam aku tunjuk lah blog aku ni kat kwn sorang tu..
wah..berbakul dia komen...
blog colorful...tulisan mcm2...kaler mcm2...
ade muzik..dia tak suka..
oh............lagu pon penin..heheh..lagu 1st aku kan sugar..
lagu rancak2..
pastu gambo byak sgt...

erm..aku pon tukau lah..sbb aku pon rase pening kadang2..
so..lagu tu delete tros...
lambt loading sekat2...phewwww

tulisan kaler2 neh mcm best jer..takperlah kan....
biar je lah dia kaler2...warna warni ceria seindah sang suria menyinar gitew..
i like...

gambor2 tu pon ok jer...aku mmg ske tguk gmbor dari tguk tlisan..hehe
lgpon neh blog aku...x kesah la kan... huhuhuhu




* Perhatian: Berhati-hati dengan karipap palsu. Gemuk di luar, angin di dalam.

* Sindiket penjualan karipap inti angin semakin berleluasa. Mereka menjual dengan harga yang tidak munasabah. Bersama kita membanteras sindiket ini.

* 'Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.' - Dipetik dari Wikipedia.


semPoi..come and join di Facebook untuk membanteras sendi
kit penjual karipap palsu..huhu
Karipap pusing yang sedap dan ranggut dan aku tak reti nak buat T__T

tadi cik kentang bagi aku link..
personality test k0n0n2nyer...
dan seBabkan tadok keje..
aku Pon isi lah...
aku dah la agak malas nak isi smpai tiga jawapan...
taram jer lahh..soklan2 akhir tu aku dah taram jer jawapan dia...


pastu tros submitt...
kuar lah result


wut de heekkkkkk............
soklan tadok kaitan.....
tapi kalu nak soNok2 ok lahh....
yang tak tahan jawapan soklan ketiga tu.....hahahahah
byak lagi kuiz....CLICK SINI





Kecuakkan melanda. @@~ dapat 2 interview dan memerlukan aku cakaP english.
ah..rindunyer kat london..kalu lah tros tingal kat sana..mesti english aku fluent gile.
huuuuuuuu....... T_T

Kepayahan tahap gaban menjadi seorang manager ladang anggur yang berjaya. Seb baik mak aku tak membebel. (buat masa skrang ler) Tapi nanti time konvO, org mesti tanye. "Ko keje aper skang milah?", "Aku dah dpt keje,ko biler?","Ko x dapt keje, g lah smbg belajar" oooooooohhhhhh.........
haruslah aku bertabah menghadapi hari2 mendatang......

pengalaman keje lepas SPM dan memaki tokey kedai tu...mmg aku traUma... @@~
abeslah nanti..aku maki boss aku plak.................
aku nak keje sendiri..bela kambeng ker...tanam cili ker....T_T
so..di maneee diaaa anaaakk kambenggg sayaaaaaa.......................... ~



Gaya hengsem seekor kambeng yang bakal di ternak oleh aku..

oh..lupa~ tingal di LOndon tu adelah imaginasi penulis semata2... T_T

seEkor awEks yang tenGah main beLon dan feeling2 lonely konon2nyer

huh..tak tid0 lagik aku..
otak dah wEng..help!!
dah 4 pagi roPenyer ( ekceli 4.15am)
biaselah..mereNg datang keJap..
memikirkan orang yang tak memikirkan aku..
ade aku kesah? hehehe..
tp memang aku kesah pon ....waaaaaaaaaa :-(
hehehe...

suDeh lah...
4 tawOn bukan lama pon...
kalu ternak biri2 baru ader satu kandang...
yer lah kot..taram je lah kan...
huhuhu.....
ngantOk..............

muka proud si kuNeng botak

at last...
dapat gak edit blog neh..
tadi dah dpat template best..siaP done some editting..
skali error plak...zzz...tensI...
ok lah kan..im pr0ud with my seLf


yibbaaaa..... ~

hulaHup... dapat gak buat blog secara seRius..
sErius kah? tadek keje neh ok lah kot nak tuLis.
kang terbiar berlaLang lagi..
last blog kat frenSter. rinDu nak menuLis :-)