Bila Otak Berfungsi

.....aktiviti meraPu meraban.....

Hurm.. Idea nak menulis yang banyak. Sbbnye aku tgh mengalami kemerengan jiwa akibat putus kaseh. Walaupon sudah beberapa kali putus centa. Tp yg time neh cam kronik sikit.

Semalam..time tgh guling2 memikirkan ape yg boleh dipikir..tibe2 henpon aku bunyik..

Mr X
" Salam..tgh buat aper?"

Aku
" Da nak melungkup dah ni "
tibe2 plak mamat neh msg.. dlm hati aku..

Mr X
" Ape citer skarang. BF sehat? "

Aku
" Da clash "
Lancar je aku menekan kepaD..tanpa berselindung..

Mr X
" Serius ker? Betol? "

Aku
" Ini sewiyus... Nape?"
Aku mereplai smbil mata terpisat2..ngntok sgt dah tu...

Mr X
" Jom Kawen"

Aku
" Masok la meminang...hantaran 10k"
Blas aku main2. Motip tibe2 ajak aku kawen.

Mr X
" Bagi alamat rumah lengkap"

Aku
" Erk..sewiyus ker? Hehe.. Ko tak yah la kawen ngn aku. Aku masak megi pon tak pandai. "

Mr X
" Serius la. Takpe la yang tak pandai tu. Nanti boleh belajar. Kita kawen erk?"

Aku
" Gila apa...."
Aku mereplai smbil membayangkan aku di baling lesung batu sebb tak pandai buat sambal belacan..

Mr X
" Saya betol ni. Kita kawen. Nanti semua saya uruskan. "

Haish. Da kronik nak kawen ke dia neh. Aku yang mengantok gila. Tak dapat nak replai.. Dah gol dgn amannya. Pagi tadi tinguk beberapa misskol dari Mr X. Mahapler..kalu aku da gol time penat giler.. Bom meletup pon tak pasti lagi aku sedar ke tak.

Aku saspek petang nanti balik keje..mesti dia call lg. Huhuhu. Moga2 aku selamat.
Mr X ni dah umor awal 30-an ...tu yang dia semangat nak kawen kot. Bajet aku yg tgh hati kecamuk ni tros nak kawen agaknya.
Moga2 Mr X bertemu jodoh dengan wanita cantik seperti Nasha Aziz..huhuhu..

So, kesimpulannya. Jangan la menyanyi di dapor. Bukan sahaja ikan goreng anda akan hangus, takot2 nanti..ade orang tua masuk minang.

Habes la aku dimaki sama kawan2ku yg berumur 30 ke atas kerana ckp mereka orang tua. @@~

huhuhu...pagi yang indah..da gosok gigi..da bukak email...da bukak facebook...dah bukak forum..
rase nak meneruskan penulisan mengenai wanita cantik ( akulah tu ) dan lelaki kacak itu. hahaha. so. setelah menanyakan pakcik gugel, aku pon dpt tau. name pelakon KAMI yang muka seperti lelaki kacak itu adelah zahiril adzim.



hahahaha.. korang rasa tak kacak? biorlaaah. kacak itu tak penting. yang penting adelah menarik."cantik menarik tertarik kau mmg tembam." kata kawanku kepadaku yg cube mengutuk ketembaman aku secara sinis. tapi aku bertabah sahaja. dugaan wanita cantik mmg lah camni. hahaha..

ok2.. teruskan cerita. aku pon sampai di opis itu. encik boss tu suruh aku masok meeting room. sbb nak training. dia nak kasi penerangan. ok lah. masok2 situ. ade la. dlm 3 org. seorang chinese laki dan 2 perempuan melayu. ok lah. nak training sama aku. Aku pon cube la membuat senyuman plastik dan iklas dan belakon ramah supaya senang dpt kawan. dapat la aku kenal dgn budak2 tu. mebi de0rang pon cuba membuat kawan. hehehe. so.. tunggulah dalam 15 menet camtu. tunggu budak-budak lain masok. dah masok semua. Adelah dalam 10 orang. Mostly budak kejuruteraan. Mungkin susah dapat keje mcm aku.

dapat la aku tau. ropenye bukan keje pejabat. org yg buat iklan tu mmg sengaL. keerja neh mcm mengenai jual beli matawang. kirenya kami kene cari contact. dia cakap. just call jer orang tu. and then nanti dia setelkan. alamak. kuasa memujuk aku neh da la lemah. kalu orang tanak aku just ok jer. tak pon takot aku mengamok dan memaki hamun mereka yang tamo beli saham tu. hahaha.

tengah2 dengar ceramah encik boss dalam bilik meeting berkaca..tibe2 aku nmapk seseorang sperti seorang yang kacak itu di luar bilik meeting. Alamak....!! si kacak itu satu office disini ropenyer. Aku pon mula membayangkan..syoknya...nanti da keje sini..dpt pegi lunch dengan lelaki kacak itu..dpt la aku tau nama beliyau dan angan2 tak munasabah yang lain.

Di ringkaskan cerita,lepas dah kasi penerangan..lunch semua dalam 4 jam camtu. Balik la..
Abang aku call..kakak aku call..semua ckp..tak yah la keje camtu...G lah cari keje lain...
Erm..my mum pon da call..ckp tak yah la..balik umah jer.... So, esoknya aku ttp henpon dan tak datang da training tu. Terpakse ttp henpon supaya encik boss x call. wawawa..

Jodoh dengan lelaki kacak itu mmg tadOk.. Nak g makan lunch sama pon tak dapat..
Oh! X pe la...mungkin aku akan berjumpa dengan lelaki kacak lain yang sekacak Farid Kamil di tempat lain. Aku bertabahan.

Walaupon aku sbenarnye tak kesah pon kene keje jual matawang tu, just nak amik pengalaman tak per la.. Bukan aku kene pergi dari rumah ke rumah. Just lepak office dan call, pastu bleh monitor dari rumah aku nye keje. Tapi family aku suh aku balik. Balik aje la. Aku ade pengalaman cemerlang dlm memujuk org ni, tp pujuk budak2 U la. Mase keje part time dekat pC fair. Meletops vogey de vas konter aku. Tapi pujuk funky2 boleh la, kalu nak berurusan dengan org nak melabur beribu2 ni, x kan aku nak buat ayat-ayat tak funky2 kat pakcik-pakcik tu.

Moga2 aku akan mendapat kerja nanti. Amin! walaupon aku mmg berharap dapat keje sendri sperti membela itik dan biri2. Bertabah saja la... @@~

ok la. aku tetau nak citer ape. dah bersawang da blog aku ni. malas benor nak bercerita. bukan ape. idop same jer. bangun pagi. facebook. forum. itu jer. baca berita sikit2. bosan sunguh perjalanan idop.

sebenarnye banyak cerita. tp kepakaran aku utk bercerita tu dah tadok. hahaha. ok la. nak citer pasal keje management trainee.

aku yang sengal ni. dpt la tawaran kerja kat kL. management trainee katanyer. aku pon ok jer la.
org ckp ini kerja. dia kenalkan kat opis. keje bhagian admin. aku yg truja setelah lama duk umah membesarkan bontot dan menambah lapis lemak di perut, truja la 1% utk kerja. dia suruh datang training 3 hari. ok la. next week nya aku pon pegi lah.

dengan gigihnya..isnin pagi tu. aku pon berjalan kaki ke tempat kejadian ( office ) office tu dah la terletak di megan avenue2. 1st aku g situ, dgn bantuan kawan aku. tunjuk jalan. slalunye bf aku yg antar. ye la kan..da clash . kene la belajar berdiri di atas kasot crocs sendiri. oh! kasut crocs tu hanya imaginasi penulis semata2. aku pakai kasut cap kerok jer. x mampu lagi nak beli jenama2 ni. ok2. smbung. sbenarnye agak memalukan.

aku da la tadok beg. pakai beg time g kuliah dulu. beg remaja berjaya. dgn gambo setan setempek besar. selambe badak sumbu telekom jer aku bawak g opis besar. ade aku kesah? mmg aku kesah pon! memalukan. dengan beg besar ( isi baju kurung utk 3 hari..smua2 bende lagi) beg yg sepatotnya kapasiti maximum dia 500 gram. aku sumbat2 smpai jadik 3000 gram.
tp disebabkan kegigihan sbgai wanita kampung dan bakal adun di kawasan bentong. aku tabahkan diri juga. konon2 nya, kalu da berjaya nanti, bleh la aku citer kat paper kepayahan aku.
cam siti nurhaliza dan ceritanya menjual karipap. mungkin juga aku akan mendapat pangkat tan sri. angan2 ku ketika bersesak2 dlm train dan mengkaver malu sperti budak lari dari rumah, tp pakai baju kurung. aku bergigihan.

perjalanan ke opis itu dari klcc punye stesyen adelah dlm 10 menet plus ++. sempat jugak la aku lepak kat basten, smbil makan roti krim. sbb kebuluran. wah, gitu kan aku.

******************************************************
kilat dan tibe2 pc tutup..
dan semua yg aku tlis maseh slamat
syukran. aku pon gigih menyambung balik posting td
*******************************************************

ok..smbung.
mase aku lepak kat basten, smbil makan roti krim cap blueberi. aku nampak la seorang mamat kacak seperti pelakon citer KAMI yg jadik jahat itu. sapekah namenyer. lalu dgn penoh kacak dan kacak, tros aku mcm terpaku 2 saat dan melihat dia berlalu pergi. oh! tak pandang aku pon. mentang2 aku bawak beg besar sperti remaja lari dari rumah dan kasot aku buatan gombak ajer. ciss! takperlah.aku pon tak kesah sgt. ade ape pada kacak.
aku pon tros melepak sehingga dekat2 pukul 11pg.. dan berjalan la ke megan avenue itu.
walaupon malu. ku gagahi juga. smpai kat bangunan tu. aku tguk skeliling. dgn berharap. adelah budak2 yg mcm inesen mcm nak g training jugak sama dgn aku. supaya dpat buat kawan masok opis tu nanti. tp haram. sek0r pon tadok di kawasan itu. mamat2 dari afrika ramai la melepak kat situ, x kan deorg nak g training jugak.

aku pon troskan perjalanan. dan masok ke kawasan menunggu lif. sekali aku nmpak mamat kacak di basten itu tgh tggu lif jugak. oh my god! mahu melompat2 seperti ungka rasanya. tp disebabkan aku maseh meneruskan tradisi wanita melayu terakhir. aku kaver2 jugak.
aku pon tunggu lif aku. eniway aku dah penah da pegi tmpt neh.mase 1st interview. uncle yg tunjukkan jalan aritu. dia ckp. ade 1 lif je bleh ke tmpt training aku tu. so. aku pon gigih la tggu lif aku. aku tguk mamat tu da naik lif lain. oh. x sama arah. ok la. tak de rezeki da nak jumpe.

so. aku pon naik la dan smpai ke opis yg spatotnya aku g training.
so. aku rase nak setop tlis. kilat memancar dan ujan lebat membasahi bumi.
kang aku kene smbar petir kang. masok paper plak seorang blogger disambar petir ketika berblog. kalu masuk paper citer aku dpt pangkat tansri ade jugak faedahnya.

so. nantikan smbungan aku bersama lelaki kacak. masih ade jodohkan? dpt tak no tepon lelaki kacak itu? mcm mane training di tmpt keje itu? troskan lagik tak?

aku rajen esok. aku merapu lagik

dah bosan..
hari2 gadoh....
4 tahun lama sgt...smpai rase syg nak lepaskan

bencinyer

keliru giler......
dia bukannye slalu jahat...
dia baik jugak..
lgpon ade ke orang yg syg ku slain dia
vodowwwwwwwwww.......
terperangkap jiwa....

lemahnye aku untuk menyatakan tidak
lemahnye aku untuk menyatakan sampai disini jer...

aku insan lemah.................................................................